Sunday, 10 July 2011

Hari 3 : Membuat Proposal

2.47 am.

Masih terjaga. Mujur aku bukan smoker, maka tiada scene melayan sepi sambil menghembus asap rokok aku nak gambarkan.

Cuma malam ini aku masih belum tidur sebab nak siapkan proposal. Rancangan perniagaan, lebih tepat. Konon-konon nak gunakan untuk minta LOAN, nak besarkan bisnes. Konon-konon la. Tak tahu lah kalau proposal siapkan last minit macam ni boleh lulus kan?

Sebenarnya benda ni aku dah start buat hari Rabu itu hari lagi, tapi tak siap-siap. Mana nak siap, buat mengadap kompiter, ada internet pulak, dah tu pegi layan internet macam bernafas.

Sebab tu aku delete dadah yang satu itu. Ingatkan dapat la fokus buat kerja. Sekali ketagihan pergi dekat benda lain pulak. Ingat nak deactivate jugak dadah yang baru tu. Tapi lepas tu mesti sangkut baca blog pulak. Mungkin aku ni macam bekas diktator negara Mesir kot, internet perlu disekat, baru aku akan kekal dengan fungsi aku. Tapi bekas diktator Mesir tu pun tumbang jugak, aku yang kecil ni apatah lagi?

Haih.

Terlalu mahu dan mahu,
terlupa apa yang perlu~

Makan dalam pulak lagu ni. Damn.

Oh, hari ni dah Ahad. Esok aku akan melapor diri untuk satu kursus, 2 minggu lama dia. Entah apa janji 2 minggu tu pada aku. Semoga yang baik-baik saja.

Damn. Dah buang masa lagi. Sambung buat kerja please, nanti kau sendiri menyumpah-nyeranah pada diri sebab tak siap kerja.


*malam ni aku tak suram, rasa terlebih gembira pun ada. Emosi, kau memang pelik*

No comments:

Post a Comment